November 11, 2010

Woi korang ni bukan new post... post amik dari blog aku tapi aku rasa best pulak post ni ehhehehe enjoy

HaRi Nih aku gi cherating ngan EllY, LIza ngan TiniE. Rasa cam seronok jer.
7.30 pagi - dah bangun dah. Hari nih bawak bekal spagetti. Diorang sumer tido lagi pas tu tido cam biawak lak tuh (heh heh heh). Tak lama pas tu ELLy bangun dan berkata "tinie tido cam babi, aku asyik kena sepak jer, last last aku nak bangun aku sepak dia sekali " warkhh kah kah kah aku ketawa cam nak pecah perut. Padan muka tinie. He he he.
8.30 pagi - Dah mula bertolak dari umah. Singgah kat projet untuk isi minyak/beli barang. Aku beli croissant fuhhh sedap giler, siap beli lagi satu. Pedulik apa aku line panjang pun panjang la. Masuk keta tengok diorang tengah makan spagetti aku pun join la "Elly & Tinie: makan tak toleh kiri kanan dah"
aku kongsi ngan liza"Mak oiii ni spagetti ker apa? pedas nak mampos" (heh hhe sori la kekawan terlebih cili kot) aku ngan liza surrender tak leh makan. Aku tengok elly ngan tinie laju jer. Makanlah korang, memang aku masak utk korang.
Perjalanan ke Cherating berjalan lancar cuma tinie kekadang memecut terlalu laju, ya allah mintak mintak la selamat aku belum kawin lagi nih heh heh ..........
12.00 sampai kat Cherating. Fuhh lega....... Sekarang mission utk cari tempat tido pulak. Try masuk Mercu Beach Resort (tempat ni banyak kenangan utk aku) tapi makkkk dah penuh, berjalan ke kereta ngan hampanya bersama Elly "korang dah penuh"(tengok muka sesorang cam anank burung tak dapat cacing lak. Heh heh heh. Perjalanan diteruskan.........Tiba -tiba lalu kat satu ntah hotel ker apa. Tengok dari luar cam best kitorang pun masuk. Rasa rasanya ramai giler org nak tanya dan jugak check in. "Ada room kosong korang wei, pegi bagitau yg lain" disebabkan takut tak dapat bilik kitorang pun amik la room tuh. Masuk jer bilik. Errrkkkkk........ cam tak best jer. Bilik ada dua, dapur cam tak siap, lantai berabuk, bilik air bau busukkk.........., pintu karat nak bukak pun susah. Semua dah terdiam tapi tak tau nak buat apa. Dlm hati aku kalau tido sini for sure tak leh tido nih. "Korang jom kuar pergi Cherating cari seluar" kata Elly. Lagi baik dari dok dlm hotel nih. Keluar gi Cherating tiba tiba....... Elly: "korang nak sakitkan hati tak"
Izzah: "Ala nanti ada bilik kosong camner"
Dikala itu tinie sudahpun membelok ke satu tempat yg dinamakan Holiday Villa @ Eastern Pavillion. Dengan bangganya Elly turun dan bertanya "Hah korang bunuh diri cepat ada bilik kosong harga bla bla bla, ada lagi nih nak tak korang. Time tu sumer dah turun ke front office, tanya punya tanya semua decided to change to this hotel. Balik cam lipas pergi hotel Buruk tu dan check out. Dia amik kitorang nyer duit RM50.00 inggit. Cheh
Tapi takpa yg penting puas hati.
Huh memang heaven tempat ni. Kitorang amik chalet berhadapan ngan swimming pool, elly biasalah nak swim. (kau ni elly tak puas puas).
5.00 petang - acara mandi laut selepas beli seluar baru kat kuantan. Aku, elly, liza mandi dengan tenang hatinya sementara tinie heh..... duk tepi ajerlah jaga selipar keh keh keh....... sapa suh kau tak nak mandi. tapi takpa rasanya tinie jumpa kawan baru fuhhh.......
8.30 - Malam itu. Plan utk makan besar. Menghala ker Teluk Cempedak. Semua kedai penuh sampai tak leh duduk. Last-last dapat satu kedai. Masuk ajerlah. Order memang kaw-kaw, yerlah budget agak banyak jugak la. Dahla service agak bagus tiba tiba datang bill "RM30.80 jer dik" aku dah pandang elly, liza betul ke tak ni? Elly dah buat jelingan yg bermaksud bayar ajerlah mangkok. Aku pun bayar jerlah. RM31.00 keep the change yer pakcik. Elly: "woi korang cepatlah bangun dia salah kira tu" tiba tiba pakcik tu datang pulangkan 20 sen, ya allah, lepas tu cabut ler. Topik hangat dlm kereta: "SAH PAKCIK NI SALAH KIRA". Mintak mintak la pakcik tu halalkan apa yg kita makan. Aminnnnnn
Tapi plan utk hang out tak jadi malam tu, takpelah korang kita tido jerlah.

2 comments:

eli said...

waaaaaa rindunya kenangan dulu izahhh.

aku tetiba teringat petang2 dlm pukul 4 lebih kita akan turun pegi kafe mak ngah melahap laksa dan kuih muih. --> setiap petang tanpa paksaan.

dan, tanpa mempedulikan org lalu lalang termasuk budak artis tersebut.

best nyaa. aku rasa nak pusing balik time uni duluuu.


eli

izzah said...

tuler ko aku ni tgh clean up blog tetiba terbaca entry ni ..
mmg ler nak pecah perut....
dulu mana ada masaalah beb time belajar

skang ni masaalah bertimbun
serabut kepala.... wei
bila nak together gether ni
dah lama tak buat sesi gosip
jom aaaa........