November 14, 2012

So Called Jolly - Girls.....

Miss you guys...............

Yang benar,
Cik TinieTinot

November 11, 2010

Woi korang ni bukan new post... post amik dari blog aku tapi aku rasa best pulak post ni ehhehehe enjoy

HaRi Nih aku gi cherating ngan EllY, LIza ngan TiniE. Rasa cam seronok jer.
7.30 pagi - dah bangun dah. Hari nih bawak bekal spagetti. Diorang sumer tido lagi pas tu tido cam biawak lak tuh (heh heh heh). Tak lama pas tu ELLy bangun dan berkata "tinie tido cam babi, aku asyik kena sepak jer, last last aku nak bangun aku sepak dia sekali " warkhh kah kah kah aku ketawa cam nak pecah perut. Padan muka tinie. He he he.
8.30 pagi - Dah mula bertolak dari umah. Singgah kat projet untuk isi minyak/beli barang. Aku beli croissant fuhhh sedap giler, siap beli lagi satu. Pedulik apa aku line panjang pun panjang la. Masuk keta tengok diorang tengah makan spagetti aku pun join la "Elly & Tinie: makan tak toleh kiri kanan dah"
aku kongsi ngan liza"Mak oiii ni spagetti ker apa? pedas nak mampos" (heh hhe sori la kekawan terlebih cili kot) aku ngan liza surrender tak leh makan. Aku tengok elly ngan tinie laju jer. Makanlah korang, memang aku masak utk korang.
Perjalanan ke Cherating berjalan lancar cuma tinie kekadang memecut terlalu laju, ya allah mintak mintak la selamat aku belum kawin lagi nih heh heh ..........
12.00 sampai kat Cherating. Fuhh lega....... Sekarang mission utk cari tempat tido pulak. Try masuk Mercu Beach Resort (tempat ni banyak kenangan utk aku) tapi makkkk dah penuh, berjalan ke kereta ngan hampanya bersama Elly "korang dah penuh"(tengok muka sesorang cam anank burung tak dapat cacing lak. Heh heh heh. Perjalanan diteruskan.........Tiba -tiba lalu kat satu ntah hotel ker apa. Tengok dari luar cam best kitorang pun masuk. Rasa rasanya ramai giler org nak tanya dan jugak check in. "Ada room kosong korang wei, pegi bagitau yg lain" disebabkan takut tak dapat bilik kitorang pun amik la room tuh. Masuk jer bilik. Errrkkkkk........ cam tak best jer. Bilik ada dua, dapur cam tak siap, lantai berabuk, bilik air bau busukkk.........., pintu karat nak bukak pun susah. Semua dah terdiam tapi tak tau nak buat apa. Dlm hati aku kalau tido sini for sure tak leh tido nih. "Korang jom kuar pergi Cherating cari seluar" kata Elly. Lagi baik dari dok dlm hotel nih. Keluar gi Cherating tiba tiba....... Elly: "korang nak sakitkan hati tak"
Izzah: "Ala nanti ada bilik kosong camner"
Dikala itu tinie sudahpun membelok ke satu tempat yg dinamakan Holiday Villa @ Eastern Pavillion. Dengan bangganya Elly turun dan bertanya "Hah korang bunuh diri cepat ada bilik kosong harga bla bla bla, ada lagi nih nak tak korang. Time tu sumer dah turun ke front office, tanya punya tanya semua decided to change to this hotel. Balik cam lipas pergi hotel Buruk tu dan check out. Dia amik kitorang nyer duit RM50.00 inggit. Cheh
Tapi takpa yg penting puas hati.
Huh memang heaven tempat ni. Kitorang amik chalet berhadapan ngan swimming pool, elly biasalah nak swim. (kau ni elly tak puas puas).
5.00 petang - acara mandi laut selepas beli seluar baru kat kuantan. Aku, elly, liza mandi dengan tenang hatinya sementara tinie heh..... duk tepi ajerlah jaga selipar keh keh keh....... sapa suh kau tak nak mandi. tapi takpa rasanya tinie jumpa kawan baru fuhhh.......
8.30 - Malam itu. Plan utk makan besar. Menghala ker Teluk Cempedak. Semua kedai penuh sampai tak leh duduk. Last-last dapat satu kedai. Masuk ajerlah. Order memang kaw-kaw, yerlah budget agak banyak jugak la. Dahla service agak bagus tiba tiba datang bill "RM30.80 jer dik" aku dah pandang elly, liza betul ke tak ni? Elly dah buat jelingan yg bermaksud bayar ajerlah mangkok. Aku pun bayar jerlah. RM31.00 keep the change yer pakcik. Elly: "woi korang cepatlah bangun dia salah kira tu" tiba tiba pakcik tu datang pulangkan 20 sen, ya allah, lepas tu cabut ler. Topik hangat dlm kereta: "SAH PAKCIK NI SALAH KIRA". Mintak mintak la pakcik tu halalkan apa yg kita makan. Aminnnnnn
Tapi plan utk hang out tak jadi malam tu, takpelah korang kita tido jerlah.

August 12, 2010

Hi Girls

Selamat Menyambut Ramadhan!
Takde sapa ke nak update?

May 3, 2010

I'm Back to Work

Hola..

I dah naik kerje ouls..

Bosannya nak keje and thanks to korang semua datang my house hari tu. Nasib baik la korang datang minggu pertama aku balik rumah kalau tak, tak dapat lah tgk anak aku. Nak tau kenapa? aku kena chicken pox minggu depannya tu. Tak taulah camner boleh dapat chicken pox. Lepas 2 minggu aku kena anak aku pulak kena. Kesian dia kecik kecik dah kena chicken pox. Nasib baik dia strong boy tak meragam sangat and demam pun cuma sehari semalam jer. Alhamdulillah semuanya ok dah. Jadinya lamalah aku kena kuarantine kat rumah di campur dengan chicken pox tu.

Sampai aku ngan anak aku dah baik mak aku lak kena chicken pox. Lagilah aku tak leh kuar rumah. To Malaeka Happy Besday yer sorry auntie izzah tak dapat datang tu your party sbb takut nanti orang lain lak kena chic. pox.

December 21, 2009

azam 2010

hai kawan2

korang tau tak yang aku ni sangat lah merindu korang..huwahuwaa. Oh Ya aku telah berpindah ke rumah baruku, skrg dah 95% siap direnovate nnt klu dah siap sepenuhnya insyallah klu xdee aral aku wat house warming.

Ok aku nak citer pasal azam baru thn depan. Insyallah tahun depan aku akan berubah wajah, bukan wat pembedahan plastic or botok yee..tapi aku berniat untuk "memakai tudung" dan menjadi muslimah yang baik. aku telah mensurvey tudung2 yang cantik dan sesuai. korang semua doa2 kan semoga hati aku ni terbukak 100%, skrg baru 60%. ok assalamualaikum semua :-)

December 16, 2009

Makan , Makan dan Makan

Minggu ni dah masuk 7 months dah pregnant, tapi heran jugak kan semakin perut ni besar semakin la pulak nak makan byk. Cuba tgk menuku semalam

Pagi - Nasi goreng + air soya
Tgh Hari - Nasi campur + Orange Juice

Malam ingatkan tak nak makan walaupun tgk kari ibu tu menyelerakan . Konon nak diet la tu. Tetiba pulak ada orang bertanya"mummy nak makan apa daddy tapaukan " haku pun jawab la sup sayur jerlah tak lalu dengan muka seposen. Balik umah Alya yg rasmikan dulu sup tu, habis ok dia makan cendawan dalam tu. Nasib baik tak kempunan kalau tak mesti dah jadi batu belah batu bertangkup. Tapi rasanya pesan sup sayur jer tapi eh adalah pulak nasi goreng pataya dalam plastic tu . Apalagi ngap lah habis gak separuh> Heh camni nak diet? Huwaa............
Sapa ler yg pandai pandai pesan nasi grg pataya tu kan? Daddy alya humaira la.

Menu hari ni pulak pagi makan nasi lemak, tengah hari makan lagi nasik asik asik nasi jer . Rasanya cukup 9 bulan nanti mau naik sampai 20 kg. Hah matiler mak nak menguruskan badan.

Alya pulak skang ni tengah sibuk nak bercakap. Nampak anjing lintas tengah jalan pun dia bole marah. Dahla hari hari tengah malam suka naik atas katil tido tengah tengah . Dahla tu suka lak sepak sepak orang kalau dia menangis nak susu. Ish ish alya humaira ni.....

October 21, 2009

0penh0use liZa tWeety

*izah, perut ko dah besar dan mengetat dan baju kurung tu. pheww. aku rasa baru jer semalam aku beranak. nitemare *

aku call si tinie friday tu. dia kata dia takleh joint rumah liza sbb sham ngan danish baru nak demam. so dia maybe sibuk kena jaga ahli keluarga dia. and...dia dah dapat keja baru kat MaHb. malaysia airlines holdings berhad kat subang. pastu kena pindah kat klia. so dia busy busy busy.
tp sempatlah dia menghanjengkan co. tu yg kata dia slow nak mamp0s.
dia kata. bukan aku yg kata hmmkayy.



itu ari dia cam lapar so auntie eli mintak sket nestum mika nak kasi malaeka. tenkiu ok? malaeka makan banyakkkkk. pastu otw balik dia minum susu pulak lagik pastu terus off ke lalaland sampai kota damansara. tidur tak sedar apa menda pun budak tu.
ok. lenkali kena pegi openhouse yg jauh2 lagi. heheh.

October 13, 2009

Majlis AKikah & Open House

Ni jer yg ada masa akikah ngna open house itu hari

gambar yg lain tak da sbb sibuk melayan tetamu dekat khemah

Penat sungguh buat kenduri ni walaupun semuanya cater

Hari Raya 2009











Raya tahun ni macam biasa jugak balik Kedah ngan JB

Raya 1st ngan 2nd kat jb and 3rd dah selepasnya kat alor star.

Penat sungguh mengembara utara selatan ni wei

rasa cam org nomad dah

dah la kali ni amir mengantuk sangat sangat jadi nya almost 12 jam kitorang dalam keter

ntah berapa kali berenti tido

sampai alor star jer dah pagi

Nasib baik la alya tido jer sepanjang perjalanan kalau tak huru hara la

Mesti dia pelik bangun tido jam 8 pagi tgk dalam keter lagi hehhehehe

September 16, 2009

raya lagi 3 hari y0o~ *UPDATED*





ni baju kurung pertama for hari raya yg kali pertama utk malaeka. paham ke apa aku tulis tu? 0ver ke umur 5 bulan dah ada baju kurung? serabai okeh budak ni pakai. kesian plak aku rasa. tp nak la aku trainingkan m00d raya tu kepada dia kan? takpe. 5 minit pakai pastu tukar di pagi raya nanti pun takpe. janji pakai.
hahahah.

tahun ni ina n apu n family dorang balik raya kat pahang. imaginelah mak aku akan memasak bagaimana. kan? imagine jugak anak2 sedara aku yg ya rabbi tuhan lebih mengerti tu jugak kan? aku tetiba teringin nak makan nasi dagang la raya ni. kari ikan t0ngkol adalah sgt st0ne di pagi raya. atau mungkin mak aku akan malas nak layan sbb menantu2 feveret dia semua ada balik beraya. so menantu punya request mungkin didahulukan.

juge, aku takleh la nak ngelat asik tidur umah mak aku jekk skang ni kan. sejak ada malaeka nih, org bukit kay@ngan agak alert skit ngan sistem giliran. atuk ngan t0k wan over sayang kat malaeka sbb jarang dpt jumpa k0t. kejap2 tanya mana M? maner M? M tak naik ker? Malaeka buat apa kat bawah tu? padehal malaeka tu takdek la heran pun. anak dara pijang ni buat st0ne jer bila balik kg. bleh? maka aku kena la bergilir2. h0h. letih wei turun naik-turun naik walopon naik keta.




lupa aku nak bukak entry bukak puasa ngan lambak baru ni. sbb sibuk nak raya la sgt kan. ok. secara summary nya adalah gila sbb aku tgk lambak makan byk sambil mulut bercakap tak st0p2. pastu lambak tgh carik baju raya tak jumpa smlmnya balik dari jlm TAR sampai pukul 3.30 pg namun dia ttp gagal cari yg berkenan bla bla blaaa. tunjuk muka boifren terbaru dia kat aku ngan malaeka jugak.

malaeka yg buhsan tunggu auntie lambak tak sampai2. mana nii?

budak yg happy tanpa mengetahui malam itu mak bapak dia akan pegi terengganu tak bawak dia. huahuahuaa.

gambar ada gegar skit sbb aku tertekan lambak asyik kutuk camera buruk aku ni. hahaa. sewel.

juga, dia ambik gambar ngan malaeka tanpa henti menggunakan iph0ne ala ala hadiah dari kekasih terbaru. dan hobi pada mlm tersebut adalah mengg0mol sehingga malaeka tertekan. sewel la ko bak wei. dia hadiahkan gudud besar utk pijang. pijang suker. sembang2 lagi tanpa henti. continue makan sehingga hampir pengsan. pastu dia tgk lak aku makan. pastu 2-2 carik makanan lagi. malaeka salin baju sebanyak 2 kali. pastu takleh tidur sbb mata asyik tgk org ramai. dan akhirnya tid0 pengsan di dlm keta on the way balik ke rumah.

pastu drop malaeka kat rumah ina lalu zasss aku terus pegi terengganu. adik pijang warded nak kena operation malam tu jugak. gigih mak nokss sampai terengganu 7 pagi. bengkak mata aku ngan pijang.


okes. i nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri utk u0ls semua. maaf zahir batin yer. selamat memandu. dan ada sapa2 yg kena balik rumah mertua tak? huhuu. ke semua balik ke rumah mak masing2 nih?
pastu kalu korang free dtg rumah la yer? so aku nak sms tnie jap gi suh dia dtg melawat aku di hari raya kelak sbb giliran dia kat benta tahun ni kan?

selamat hari raya to all!!~


' i d0nno why, but m0mmy already put my stuff dekat pintu rumah. my drypers, my baju raya. my new sepit rambut and all.' *blank m0de*